Monday, October 29, 2007

open house sana sini..

5 comments

sepanjang hujung minggu lepas memang tak henti² menerima jemputan rumah terbuka.. syukur Alhamdulillah thn nie boleh dikatakan semua jemputan dpt dihadiri..kecuali yang tak bagi peta tu kitorang tak pandai nak pergi..

bermula dari pagi sabtu ada jemputan sambutan hari raya di surau fasa kami.. jalan kaki je ke situ.. pastu kami bertolak ke Kepong umah farra... Alhamdulillah tak sesat ikut peta yang farra bagi tu.. jalan pun clear aje ikut jln kuching.. :)

lepas tu kami singgah pasar malam Jln TAR utk beli blouse open house esok nye.. (baju raya sume tak sempat basuh lagi..hehe)

esoknya ahad pagi kami bertolak ke umah abg long di kota kemuning.. sonok betul si alesya dan kakak main dengan abg2 sepupu.. lepas zohor kami bertolak ke Sungai Buloh umah bos lama.. itu pun boleh tahan jalan..sib baik peta tu membantu... balik umah singgah umah sedara di kawasan taman perumahan kami gak tapi fasa lain..tapi dia tak ada di umah.. sampai di umah kami, akak jiran sebelah jemput ke rumah sbb ade open house jugak.. agaknya dia tinjau2 kitorang asyik tak lekat kat umah je.. makan laaagi.. byk betul derang masak.. air saje ade 4 jenis.. mcm2 jenis koktel.. heavy food ader 5 jenis kot..sume dimasak sendiri.. rajinnye la jiranku... :)

adik dan kakak pulak.. Alhamdulillah tak buat perangai sgt.. cuma kalau panas mula la dia tak selesa... si kakak tu tak la risau sgt sbb dah besar.. cuma adik kena gilir2 la makan.. kecuali masa di umah farra.. si adik dan kakak sepakat duduk sama2 sambil tgk org lalu lalang.. mama dan papa sempat gi makan.. :)







Friday, October 26, 2007

projek hari ini..

2 comments
sementara menunggu diana ready nak gi shopping (harini hari jumaat :) )...so sempat la siapkan scrap book sempena jamuan raya di opis ku...chaiyoo chaiyoo (dua di bawah tu sifoo diana yang buat..)











Monday, October 22, 2007

kami dah kembali ke KL

3 comments

Hari Raya tahun nie agak sederhana.. kadang2 terasa gak kesunyian bila Arwah nyang timah..wa mah dan wa man dah tak ada.. selalunya ptg sbl raya arwah wa mah akan hantar pulut kucai dan kuih2 traditional ke umah kami.. tapi balik kali ni umah pasangan sehidup semati di kosong tiada penghuni.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka..

kami bertolak balik ke perlis sebaik sahaja slp subuh hari Khamis.. lepas sahur dah tak tido.. dan terus bersiap2 spt nak ke tempat kerja.. Ahamdulillah jalan masih lengang..walaupun hari ni hari kerja dan rasanya masih ramai warga kota yang belum bercuti.. kami cuma berhenti rehat utk bancuh susu anak2 dan suapkan makanan anak2 di R&R Sg perak.. tapi nak ke toilet punyala beratur panjang.. terpaksa la kan.. jalan agak sibuk melepasi highway Ipoh.. lepas tu clear saja.. cuma hujan turun sikit2..Ahamdulillah selamat sampai di lkampung halaman kol 2.30pm...slp 2 kali berhenti rehat dan isi minyak sekali..

sampai di kampung mak dah sediakan segaka lauk pauk yang amatlah lazatnya... sabar2.. menunggu waktu berbuka...

Hari Jumaat kami sempat sediakan sejenis lagi kuih raya.. pastu adik ina sediakan kek coklat lembab.. mak ngan kak iza pulak sediakan lauk pauk utk berbuka dan rendang daging utk makan dengan ketupat.. rendang daging ni mmg mak la yg prepare..kami tukang ngap je..bertuah betul anak2 mak..dah la semuanya pompuan..

hari raya 1st : dini buat kali pertamanya ikut papa gi semayang raya kat surau.. yg bestnya dok tempat lelaki sbb dah tak kenal tok n kakak2 lain (semua dah pakai telekung)..so dini dok kat belakang sekali dengan abg rafiq n abg hariz (sepupu dini)... sib baik dia diam je.. risau gak takut berlari ke sana sini..

lepas semua balik dr semayang raya kami ke pusara arwah tok timah (moyang).. tok embun pun ikut sekali.. aku tak dpt menahan air mata sbb ini kali pertama ke rumah hakiki arwah.. masa arwah tak ada kami tak balik.. (arwah meninggal pada hari ibu tahun 2007, 2 hari sbl birthday ku..)

pulang dr pusara kami beraya ke umah tokngah gon dan tok ngah mud.. sedap tul makan nasik tomato dan laksa perlis makcik siti.. pastu tunggu di rumah menyambut tetamu...sampai la petang.. hujan lebat..

raya ke2: mula beraya ke umah kawan2ku dan kawan2 hubby.. ke umah suraiza di jawi dalam..suraiza ni kawanku since form 4 kat Derma.. lama gila tak jumpa sib baik ingat no. phone umah dia.. dia sekarang tgh sambung kpli utk jd cikgu.. sorang lagi kwn ku jadi cikgu.. jeles makcik.. petang ke umah Tok Wan di mata ayer.. sian tokwan nampak uzur... mungkin masih bersedih atas kehilangan Tok Pon lebih kurang 2 bulan sudah..

raya ke3 : ke umah kawan lama since form 1-3 SMKAP,sabarina.. ni pun dah jadi cikgu kat aloq setaq.. dah ada anak sorang.. gebu betul aiman.. cuma tak sempat main ngan aiman sbb dia tido..petang pula bos lama ku dtg beraya.. en anwar and family.. thanks sbb sudi dtg dr aloq setaq... :)

seronok juga raya kali ni sbb dpt jumpa kawan2 yang lama tak jumpa.. ada yang tak sempat jumpa tapi sempat bertukar2 cerita.. itu sudah cukup mengubat rindu.. insyaAllah kalau cuti panjang lagi boleh buat reunion..

kami pulang ke kl hari sabtu pagi.. mula tu plan nak balik jumaat.. tapi bila memikirkan sayang pulak cuti masih berbaki 3 hari.. jadi kami balik sabtu..cukup la untuk berehat 1 hari pada hari ahad tu...

ni gambar yang sempat ambik.. bukan senang nak kumpul anak2 utk bergambar..especially dini yang dah pandai berkawan.. dan tak hirau dah kitorang ni.. sampaikan malam waktu tido pun dia suh kitorang naik dulu..pastu abg2 sepupu dia akan hantar dia naik tido bila diorang pun nak tido.. rapat betul anakku nie dgn abg2 sepupunya..


untuk gambar2 raya..boleh lawati fotopages kami.. sila klik sini


Wednesday, October 10, 2007

Salam Aidilfitri..

0 comments

Monday, October 8, 2007

happy birthday to adik ina gak..

4 comments

sowi sowi sowi..lupa lak nak wish..padahal birthday adik ina sama ngan birthday dini..adik ina ni satu² nya adik ku.. sambut birthday sama ngan dini.. 4.10.1983.. nampaknya tahun ni dini and alesya boleh collect duit raya lebih sbb maksu dah kejer.. hehe..edit khas gambaq nie khas utk adik ina sbb dia minat fazley.. :)


Thursday, October 4, 2007

happi birthday to ardini..

4 comments
happy birthday to you..happy birthday to you...happy birthday to dini...happy birthday to you...dah 3 tahun anak mama nie yer...pejam celik pejam celik rasanya baru lagi dini celebrate birthday yg kedua thn.. utk thn nie mama sediakan kek chocolate moist utk dini..dini suke kan.. mama doakan semoga dini sentiasa beroleh keberkatanNya..membesar menjadi anak yang solehah.. belajar pandai2..jadi org yang berguna.. jangan lupakan keluarga..jaga adik baik2... bla bla bla...



ok nie gambar dini n kek semalam.. gamba mama takde sbb mama tak ready nak bergambar..gambar adik licha pun takde sbb adik tak balik lagi time tu.. petang baru ambik adik.. nnt bulan dpn kita celebrate birthday adik pulak ek..







Wednesday, October 3, 2007

esok... 4 haribulan...

9 comments
Dini.. esok birthday dini tau... dah 3 tahun berturut-turut Dini sambut Birthday dlm bulan Ramadhan.. apa mama nak prepare yer.. tunggu esok...

Monday, October 1, 2007

Balik kampung ooooo balik kampung

3 comments

weekend kali ni kami balik ke Kuantan..sonok betul dapat merasa berbuka puasa dengan family.. selama ni dok berbuka berempat je.. sesekali berbuka sama² beramai²..syok habis.. yang lagi best tu bila MIL maak asam pedas ikan patin dengan ikan patin goreng rangup.. perghh terliur pulak..

sempat la keluar ke kuantan cari kopiah cik abang utk semayang raya nnt.. hari tu dah gi cari kat masjid India.. tak ade yang berkenan la pulak.. tapi thn ni rasa mcm tak meriah sgt la Jln TAR tu.. agaknya org keje kerajaan tak dpt bonus kot.. hehe

berbalik citer di kampung.. Si alesya spt biasa..hari pertama tu jangan harap la nak berenggang dgn mama.. kalau org acah2 nak ambik dia.. terus panjat atas riba mama.. ish ish ish.. manja betul la.. hari ke-3 nak balik tu baru la nak main dgn Tok, Aki.. & mak2 sedare yang lain.. yang peliknya tu.. dia cukup takut dengar ayam berkokok.. kalau subuh2 tu dah bangun sbb dengar ayam berkokok... yg bestnya kalau bawak gi tgk ayam ok je.. sib baik la ayam tu tak berkokok kat depan dia..kalau tak mau nya meraung.. kelakar betul la adik.. tau la kat KL takde ayam berkokok.. hehe

p/s : tak sabar nak tgk baju raya purple kami.. especially baju kurung anak2.. minggu depan baru leh ambik kat kak tailor...

Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez