Thursday, February 15, 2007

kami demam

0 comments
bermula dengan Dini.. demam,,batuk, selsema..pastu berjangkit ke mama... pastu papa pulak.. dan last sekali alesya... semuanya demam tak lega2... selsema lagi la susah nak hilang.. yang paling menyedihkan bila si baby demam.. semalam aku mc dan jaga baby di umah kakak.. si kakak tetap ke umah baby sitter memandangkan mama tak larat nak jaga dua2... syukur Alhamdulillah Dini jenis yang kuat semangat dan susah menangis.. syukur dia tak merengek2...

Aku berdoa semoga adik dan kakak cepat sembuh.. risau mama dan papa mcm nie.. macam mana nak balik pahang kalau adik dan kakak demam.. cepat sembuh yer.. nanti boleh gi kenduri umah nyang.. :)

Monday, February 12, 2007

cerita sedih...

0 comments
sedih sangat bila baca berita ni.. terbayang gambar di dada akhbar tempoh hari.. kepada yang tergamak melakukannya..ingat lah balasan nya akan tiba jua...

Mayat bayi dilahir tanpa bantuan : Harian Metro Ahad 11 Febuari 2007

Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN

SEREMBAN: Polis percaya bayi yang ditemui mati di Flat Lobak di sini, Isnin lalu, dilahirkan tanpa bantuan mereka yang berpengetahuan atau pakar menyambut kelahiran kerana tali pusat bayi malang itu tidak dipotong.



Jurucakap polis berkata, siasatan juga tidak mendapat maklumat mengenai kelahiran meragukan hasil pemeriksaan di klinik dan hospital swasta di sekitar bandar ini.

“Bayi itu ditemui dengan tali pusat sepanjang kira-kira 30 sentimeter, sedangkan jika dilahirkan di klinik atau hospital malah bidan sekalipun, mereka akan memotong tali pusat berkenaan.

“Setakat ini, polis percaya bayi itu dilahirkan di tempat tertentu tanpa bantuan mereka yang pakar,” katanya.

Beliau berkata, dalang perbuatan tidak berperikemanusiaan itu juga dipercayai bukan orang yang tinggal di kawasan perumahan berkenaan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Seremban di talian 06-6014999.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat bayi lelaki yang dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan ditemui masih bertali pusat, ditinggalkan dalam keadaan mengiring di sebuah lorong kecil di kawasan perumahan itu.

Bedah siasat yang dilakukan pula mendapati mangsa meninggal dunia akibat kesejukan kerana dibiarkan berbogel tanpa dibalut selepas dilahirkan.

Wednesday, February 7, 2007

esos sana esos sini..

0 comments
semalam dan hari nie otak aku asyik memikirkan esos je.. nak exercise berape.. nak jual berape.. dalam masa yang sama sibuk check market price.. doa doa bagi harga makin naik ataupun maintain.. mana la tau rezeki baby.. :)sebut pasal esos tingat 4 thn yang lalu aku berada di unit yang mengendalikan esos.. tiap2 hari kami balik kol 3 pagi sbb nak print offer letter esos tu..(sib baik bujang lagi) bayangkanla ada berapa byk staf t* kat malaysia ni.. semua tu kena ikut timeframe bukannya leh berlengah-lengah..ni semua melibatkan market price..

maps pun dah siap.. fuh lega sangat.. maps kali nie jauh berbeza dengan maps2 sbl ni.. lain sungguh cara setiap bos.. bos yang lama tu sbb dia dapat 5 every year.. best sales manager la katakan.. so anak2 buah die pun kena tunjukkan figure yang menarik.. (padahal anak2 buah dia tak dapat 5 gak).. bos sekarang nie sempoi habis.. datang tempat aku.. just bagitau haa ni letak berapa haa ni letak berapa.. senang kan.. alah letak figure tu figure nie.. bukannye nak dapat 5 pun.. hehehe..

TMBEA pulak sepatutnya esok dengan lusa.. tapi postponed pulak.. so aktiviti menghafal policy2 yang sedia ada pun dipostponedkan la.. kang terlupa lak.. almaklumla sekang nie banyak benda yang aku lupa.. dah tua agaknya.. hehe

Monday, February 5, 2007

alkisah...

7 comments
fuhhhh dah 2 minggu masuk ofis.. tapi tak berkesempatan nak update blog.. nak baca blog kawan2 pun sepintas lalu je.. biasa la cuti panjang balik je ofis mcm2 kejutan menunggu.. banyak muka baru.. dan yang menyedihkan byk yg keluar dari dept ni.. termasukla best friend aku yang bakal meletak jawatan.. sedih woooooo tak tau mcm mana nak cakap.. dept aku dah jadi mcm dept baru.. ya la kalau berganti dengan muka2 baru... bukan senang nak jadi mcm dulu balik.. kena2 pulak dpt opismate yg kureng friendly.. hormat senior skit aaa...

malas nak citer pasal tu.. buat sedih dan tak semangat nak keje je.. agaknya kalau aku diberi offer sebagaimana bos kesayangan dan best friend aku tu.. mesti aku pun kuar dari sini.. memang la sini keje ok tapi kalau rakan2 sekerja dah cabut tak best la jugak nak buat keje.. ermmm siapa la bos baru aku lepas nie ek.. mintak sempoi mcm bos sekarang nie..

ermmm ape nak citer ek.. nak citer psal bersalin haritu pun mcm dah basi kot.. yer la baby pun dah 2 bulan lebih.. dah berape berat adik sekarang agaknye..daripada 2.42 kg jer sekarang dah tembam dah..hehe.. tu tgk gambar tu.. agaknye lepas nie sama besar dengan kakak je.. yer la si kakak tak kuat nyusu tak kuat makan.. adik pulak kuat menyusu...

sebut pasal menyusu.. syukur Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki.. kali nie seperti yang aku rancang dan doa sebelum ni dimakbulkan.. buat masa sekarang memang aku belum campur dengan susu formula.. syukur.. tiap2 hari memerah dengan gigihnye.. sekurang2 dapat cover balik harga pam tu.. hehehe.. tq hubby sbb hadiahkan pam tu.. memang effective sungguh.. jauh berbeza dengan pam yang lama dulu..

tingat lagi hari ahad 26 Nov 2006... aku start sakit di rumah malam sabtu tu.. tapi sakit skit2 je.. sambil tgk cerekarama.. dah biasa dah masa dini dulu.. lagipun Dr pesan tunggu setengah jam sekali baru dtg hospital.. waktu tu sejam sekali.. siap boleh tido dulu.. esok pagi dalam kol 8 lepas sarapan baru terase sakit setengah jam sekali.. baru la kitorang bertolak.. syukur time nak gi hospital tu Dini masih tido.. lagipun memang mak mertua dengan adik2 dah ada di rumah kami time tu.. senang nak jaga si kakak time kami di hospital..

sampai di hospital dalam kol 8.00am.. syukur sangat2 sbb time tu kereta tak banyak sbb hari ahad.. sampai je aku dibawa rehat di labor room... rupa nya contraction 5cm.. sama mcm dini dulu.. nurse cakap dalam sejam ke 2 jam dah boleh bersalin.. ee bestnye.. sbb tak lama dah.. waktu tu rileks je siap boleh sembang2 telefon lagi.. tapi bila sakit menyerang memang tak boleh nak buat apa la.. tapi sekejap2 je.. pastu lama2 makin kerap...hubby suh mengucap dengan selawat banyak2.. pejam celik pejam celik dah sejam aku dlm tu... pastu bila Dr check lagi sekali.. Dr cakap contraction dah 9cm.. syukur Dr cakap serviks aku nipis.. sbb tu bukaan cepat.. walaupun kesakitan yang aku alami sekejap.. tapi sakitnya tetap sama.. tak dapat digambarkan mcm mana sakitnya nak bersalin ni.. tepat jam 9.50am aku selamat melahirkan seorang baby girl yang kami namakan Alesya Umairah.. waktu bersalin kali nie aku tak ambik apa2 ubat bantuan.. mungkin tak sempat nak ambik kot hehe.. yang bestnye waktu Dr. menyambut baby, aku sempat tgk rupa baby dengan matanya yg terbuka.. waktu tu tak dapat digambarkan mcm mana rasanya perasaan seorang ibu..

walaupun bersalin kali ni agak cepat dan mungkin boleh dikatakan mudah berbanding setengah2 ibu yang lain.. tapi aku mengalami contraction slp bersalin yang dahsyat.. orang kata kalau anak 2.. 2 hari la sakitnye.. bayangkan la contraction mcm nak bersalin tu selama 2 hari.. aduh sakitnye.. pain killer pun tak boleh lawan.. kalau kat tempat aku dipanggil sakit batu meroyan.. sakit ni tak dialami masa anak pertama.. anak kedua keatas ja yang terasa.. mak dan kakak2 aku pun memang mengalami sakit yang sama.. mungkin genetik kot.. sbb tak semua orang akan alami sakit ni.. sampai la hari ke3 baru ok.. sib baik tak demam.. yang bestnye aku takut nak bagitau Dr sbb nanti Dr tahan wad lama2... so hari kedua (Isnin) dah dapat balik.. wah cepat jugakkan.. Ahad bersalin Isnin dah boleh balik..

ermm balik umah macam mana pulak reaksi Dini.. terkejut dia... eh eh tup tup ada baby.. mula tu kejutan budaya jugak la.. semua benda dia nak ambik.. tilam baby.. bantal baby.. almaklum la tak pernah nampak sebelum ni.. yang paling best dia pun nak menyusu mcm baby gak.. tapi taknak nyusu kat mama.. nak nyusu kat papa (dia kan sayang papa).. lawak betul dini ni..

sekarang ni dah ok dah.. cuam dia tak la layan baby sangat.. asalkan tak kacau papa kesayangan dia dah la... sib baik adik pulak nak melekat dengan mama je.. jadi sorang layan kakak sorang layan adik.. lepas ni kalau nak adik lagi kena la tunggu si kakak betul2 besar boleh jaga adik2..






Archive

 

:: {^_~} catatan mama :: v1 Copyright 2008 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Supported by Tadpole's Notez