Mengapa aku jadi tidak tentu arah... makan tak kenyang.. mandi tak basah..tido tak lena.. tidak sabar untuk bertemu dengannya.. tidak sabar menunggu hari esok.. kau buat ku tersenyum.. kau buat ku menangis... semua nya kerna .... m y g i r l
adoi.. at last dapat gak aku habiskan 16 episode my girl... uwaaaa ingatkan citer lawak sampai habis tak sangka plak byk scene sedih.. adoi control je takut ader org perasan aku nangis dpn pc.. tapi sedih la sbb dah habis.. alamak lepas ni takde la pemangkin nak rajinkan diri dtg awal ofis...
mula tu ingat lps tgk nie nak delete la.. tapi bila dah makin banyak episode.. nampaknye kena burn nie.. hubby kat umah pun dah teruja nak tgk sekali.. (promote punye pasal)... tapi yg frustnye soundtrack takde la.. puas browse website.. dah la tulis korea.. translate pun still 80% korea.. majority mintak signup first (I guess) sbb main teka je tulisan korea.. yang frustnye mcm mana nak signup satu benda pun tak paham.. so dpt dengar je la..tu pun tak full... lagu2 dier mmg best ... thanks ye yati.. best best best
Friday, March 24, 2006
Friday, March 10, 2006
Tabiat yang menyebabkan kerosakan otak
baru dapat email nie dari sorang ofismate..
1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
cuti sekolah datang lagi..
Assalamualaikum sumer...
dah 3 hari tak sempat nak update blog..cuma sempat baca blog kawan2... hari nie pun tak sempat nak mengarang sbb aku ada meeting kat Pantai Bharu kol 9...
minggu depan cuti sekolah dah start.. aku pun seperti biasa nak jugak tumpang bercuti macam cikgu2 sumer.. almaklum la hubby cuti so nak jugak berehat2 kat umah spend time dgn hubby dan dini tersayang.. wahh banyak aktiviti nie... yang pastinya nak berehat2 daripada kesesakan kl.. rehat di rumah kami yang cukup aman damai tu.. hehe..
buat sesiapa yang akan pulang ke kampung.. selamat bercuti.. drive carefully.. semoga selamat sampai dan selamat pulang..
p/s : spm & stpm dah nak keluar.. terase debarannya macam 10 tahun yang lalu.. eh ke 11 tahun yang lalu? alamak aku dah 27 tahun ke? uwaaaaa dah tua... (tekeluar topik lak)
see ya... :)

Wednesday, March 8, 2006
my true color..
What's Your True Color?
Psychologists agree that colors have distinct personalities of their own. Blue is calm, red is passionate, yellow is inviting, and so on.
p/s : kalau nak tau..bleh buat kat sini
http://web.tickle.com/invite?test=1108&type=t
Psychologists agree that colors have distinct personalities of their own. Blue is calm, red is passionate, yellow is inviting, and so on.
Green
You're green, the color of growth and vigor. Good-hearted and giving, you have a knack for finding and bringing out the best in people. Green is the most down-to-earth color in the spectrum — reliable and trustworthy. People know they can count on you to be around in times of need, since your concern for people is genuine and sincere. You take pride in being a good friend. For you, success is measured in terms of personal achievement and growth, not by status or position. Rare as emeralds, greens are wonderful, natural people. It truly is your color!
p/s : kalau nak tau..bleh buat kat sini
http://web.tickle.com/invite?test=1108&type=t
Tuesday, March 7, 2006
gambar lagi..
hari nie tak de idea nak tulis blog..so letak gambar lagi..
fesyen ikat rambut amoi
merenung ape tu..
fesyen amoi lagi..
tido tapi bukak mata..
fesyen teknik rebonding lak..
fesyen ikat rambut amoi
merenung ape tu..
fesyen amoi lagi..
tido tapi bukak mata..
fesyen teknik rebonding lak..
Monday, March 6, 2006
Dini mintak maaf...
haa ingat lagi tak post tajuk 'anakku menggigit'... so nie kire susulan dari post tu la nie...hehe.. (post gambar je hari nie)
nie la irfan yang dini gigit tangan tu..
rindu sbb 2 hari tak jumpe..
dini mintak maaf yer...
nie la irfan yang dini gigit tangan tu..
rindu sbb 2 hari tak jumpe..
dini mintak maaf yer...
Thursday, March 2, 2006
gangguan bekalan air...
ada yang terlibat? semak jangan tak semak..
Kuala Lumpur - Gangguan bekalan air akan berlaku di kawasan-kawasan di wilayah Kuala Lumpur dan Selangor yang disebabkan oleh kerja-kerja pembersihan kolam/tangki air seperti berikut:-
1) Tarikh gangguan : 2 Mac 2006 (Khamis), dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam. Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan seksyen 5,6,7,8,9,10 dan 52 (PJ State), Vista
Angkasa, Perumahan Rumah Pangsa PKNS Kg. Kerinchi,
Mid Valley dan Petaling Height
2) Tarikh gangguan : 2 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.30 pagi - 12.30 tengah malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Perumahan Taman Sri Putra
3) Tarikh gangguan : 2 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Taman Halaman Kesuma
4) Tarikh gangguan : 3 Mac 2006 (Jumaat),
dari jam 9.00 malam - 5.00 pagi (4 Mac).
Wilayah : Hulu Selangor
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Bandar Rawang Jaya, Sungai Choh
5) Tarikh gangguan : 3 Mac 2006 (Jumaat),
dari jam 9.30 pagi - 11.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Taman Bukit Subang
6) Tarikh gangguan : 3 Mac 2006 (Jumaat),
dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Bandar Puchong Utama
7) Tarikh gangguan : 4 Mac 2006 (Sabtu),
dari jam 10.00 malam - 10.00 pagi (5 Mac).
Wilayah : Klang
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Jalan Kebun, Taman Berjaya, Jalan Istana, Istana Alam Shah, Pejabat Daerah Klang, Pejabat MPK, Pejabat SYABAS, Bukit Tinggi, Taman Botanic, Kampung Pulau Indah, Kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa
1&2, West Port Terminal, Star Cruise, Telok Gong dan
Kota Permai.
Wilayah : Kuala Langat
Kawasan yang terlibat : Sijangkang, Batu 9 kebun Baru, Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang (termasuk kawasan industri) Bukit Komandol dan Pulau Carey
8) Tarikh gangguan : 5 Mac 2006 (Ahad),
dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Perindustrian S.B Jaya, Sg Buluh
9) Tarikh gangguan : 6 Mac 2006 (Isnin), dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam. Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Sri Rampai, Setapak Jaya, Setapak Permai, Kg. Pasir Wardiburn, Kg. Loke Yew dan Flat DBKL
10) Tarikh gangguan : 6 Mac 2006 (Isnin),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Taman Setiawangsa
11) Tarikh gangguan : 7 Mac 2006 (Selasa),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Kondo Rustika
12) Tarikh gangguan : 7 Mac 2006 (Selasa),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Sri Gombak Fasa 8,9,10,11,12 dan
Kampung Melayu Sri Gombak
13) Tarikh gangguan : 8 Mac 2006 (Rabu),
dari jam 9.30 pagi - 9.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Bukit Serdang (Permata).
14) Tarikh gangguan : 8 Mac 2006 (Rabu),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Desa Aman Puri dan Wangsa Permai.
15) Tarikh gangguan : 8 Mac 2006 (Rabu),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan Taman Wangsa Ukay, Bukit Utama,
Taman Bukit Jaya, Super Home, Jalan Wangsa 5A,
Apartment Atheneum, Bukit Antarabangsa dan Kampung
Sungai Sering.
16) Tarikh gangguan : 9 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.30 pagi - 12.30 malam.
Wilayah : Petaling
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan kawasan Damansara Damai
17) Tarikh gangguan : 9 Mac 2006 (Khamis),
dari jam 9.00 pagi - 9.00 malam.
Wilayah : Gombak
Kawasan yang terlibat : Keseluruhan sepanjang Jalan Hulu Klang
Segala kesulitan amatlah dikesali. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui sistem pesanan ringkas, s-m-s dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan hantar ke 39222 atau lawati laman web SYABAS di www.syabas.com.my untuk maklumat lanjut. Sekian, harap maklum. NAEMUDDIN ABDULLAH Pengarah Eksekutif, Komunikasi Korporat & Perkhidmatan Pelanggan
Wednesday, March 1, 2006
uji ingatan...
Assalamualaikum...
Hari nie aku ada baca blog2 senior masa unitele/mmu dulu.. tiba2 je terjumpe masa browse2 blog kawan2 lain.. sonok gak bace blog derang nie especially blog sorang senior nie.. (taknak mention nama..hehe sbb dia tak kenal aku) mmg kelakar habis la.. aku siap tegelak2 baca blog die.. mmg kepala serabut pun bleh hilang bile baca blog dier.. terase mcm baca majalah ujang pun ader.. bila baca blog2 senior2 nie.. mcm 2 la yg ternampak.. nampak gambar.. nampak nama2 yg dah lama tak dengar.. tup tup dah ader anak 2,3 orang.. cepat betul masa berlalu kan...tiba2 je kenangan2 masa kat unitele dulu menjelma.. (sebenarnye aku lagi suke life di unitele banding mmu..so aku prefer sebut unitele..bukan mmu).. tingat lagi masa kat unitele dulu malu habis kalau lalu depan senior2.. rasa mcm derang nie besar gile.. mcm abang2 & kakak yang jauh beza sgt umo.. sbb time tu rasa mcm budak sekolah lagi.. padahal habis senior pun beza 2 thn je..
masa tu mcm culture shock skit..sbb internet free.. almaklum la aku ngan geng2 aku tak stay kat hostel.. dok kat taman dahlia.. so kalau nak browsing internet kena gi lab.. selalunye sasaran kami lab Penta.. tapi kalau ade kelas kat Penta.. Sigma pun jadi.. asalkan boleh 'talk'.. (chatting guna java).. student id aku masa tu 97101444..glamour tak id? pastu bile convert ke mail jadik p9711444.. kenangan oo no tu... time tu senang je nak differentiate senior ke junior.. kalau id i9510*** tu maknanya senior 95 IT.. kalau e95*** tu maknanya senior engine.. tingat lagi suspens je kalau 'talk' di lab tu.. takut org sekodeng dari blkg cari tuan punye id.. sonok sangat masa tu... kire time tu dah boleh hafal id-id yg glamour-glamour nie...contohnye macam i9510104 ...i9510103 ..i9510105..e961110..e961111..
mcm p9711170 (wanie punye kan?) p9710304 ija punye betul?
pastu petang2naik basikal gi kedai Kah Kah.. ntah ade ntah takde dah Kedai Kah Kah tu kan.. rindu sangat kat Melaka.. nnt suatu hari aku nak gi Melaka..nak gi tgk umah lama kat Taman Dahlia.. nak tgk kedai Kah Kah.. nak tgk JJ..MP.. jeti Bandar Hilir.. Kota A Famosa..
p/s: post hari nie sounds sadis skit..sorry

patah hati...
aku frust betul..bile dengar berita dan baca paper hari nie... ini yang down nie...
sumber : Berita Harian
Keuntungan TM susut 50.3 peratus
Oleh Abdul Halim Yusoff
TELEKOM Malaysia Bhd (TM) meraih keuntungan sebelum cukai RM1.6 bilion tahun lalu, menyusut 50.3 peratus daripada RM3.2 bilion pada 2004.
Keuntungan bersihnya pula turun 66.5 peratus kepada RM875.2 juta daripada RM2.6 bilion.
Penyusutan keuntungan itu disumbangkan peruntukan RM880 juta bagi memenuhi tuntutan DeTeAsia Holdings GmbH, bekas rakan teknikal anak syarikatnya, Celcom (Malaysia) Bhd dan beberapa pembayaran termasuk pampasan RM161 juta bagi Skim Pemisahan Sukarela (VSS), pengurangan aset dan pelaburan jangka panjang sebanyak RM158 juta.
Bagaimanapun, jumlah pendapatan TM tahun lalu naik 5.2 peratus kepada RM13.9 bilion daripada RM13.3 bilion pada 2004 didorong peningkatan pendapatan operasi mudah alih, internet dan operasi antarabangsa.
Pengerusi TM, Tan Sri Md Radzi Mansor, berkata tahun lalu syarikat terpaksa berdepan isu besar yang diwarisi membabitkan tuntutan DeTeAsia.
“Ia telah memberi kesan penurunan besar keuntungan, tetapi langkah itu perlu bagi mengelakkan masalah yang mengganggu operasi perayauan antarabangsa kami,” katanya ketika membentangkan keputusan kewangan 2005 TM di Kuala Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Ketua Eksekutif TM, Datuk Abdul Wahid Omar dan Ketua Pegawai Kewangan TM, Bazlan Osman.
Meskipun penyusunan dalam keuntungan, TM mengumumkan pembayaran dividen akhir 25 sen sesaham membabitkan pembayaran keseluruhan menjadikan jumlah dividennya bagi 2005, 35 sen.
Syarikat itu juga memperbaiki dasar dividennya, iaitu daripada antara 20 hingga 50 peratus keuntungan bersihnya kepada antara 40 hingga 60 peratus.
Abdul Wahid, berkata tahun lalu, pelaburan antarabangsa menyumbang 13 peratus atau RM1.7 bilion kepada pendapatan TM.
“TM akan terus mengembangkan pelaburan pada peringkat antarabangsa. Kami telah meningkatkan kepentingan ekuiti dalam Cambodia Samart Communication Company Ltd di Kemboja.
“Kami yakin dengan potensi pengembangan pasaran di beberapa negara Asia dan akan meningkatkan lagi pelaburan pada peringkat antarabangsa dan mengambil peluang daripada perkongsian dalam Asia Mobility Initiative (AMI),” katanya.
Bagi melebarkan pengembangan ke pasaran antarabangsa yang berdaya maju, beliau berkata, TM sedang berunding dengan pemegang saham Spice Telecom Ltd, India setelah rundingan dengan Idea Cellular Ltd sebelum ini tidak dapat diteruskan.
Tanpa menyatakan jumlah kepentingan yang dijangka diambil dalam Spice, beliau berkata, rundingan perlu menyelesaikan beberapa isu tetapi pegangan ekuiti kawalan bukanlah isu utama bagi TM setakat ini.
Mengulas lanjut mengenai pencapaian TM tahun lalu, Abdul Wahid berkata, sehingga 31 Disember lalu, pelanggan mudah alih kumpulan berjumlah 20 juta iaitu 6.9 juta pelanggan domestik dan 13.8 juta di luar negara, naik 158 peratus daripada 7.9 juta pada 2004.
Pendapatan Celcom naik enam peratus kepada RM4.5 bilion dengan jumlah pelanggannya setakat akhir tahun lalu adalah 6.9 juta iaitu 1.1 juta pelanggan pasca-bayar dan 5.8 juta prabayar dan 38,000 pelanggan 3G.
Mengenai prospek tahun semasa, Abdul Wahid berkata, 2006 dijangka membentangkan keputusan lebih baik terutama mengambil kira penyepaduan pendapatan operasi anak-anak syarikat termasuk PT Excelcomindo Pratama Tbk (XL) di Indonesia.
sumber : Berita Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)